Jumat, 28 Februari 2014

‘Imej Seksi Bukan Gambaran Jahat Nabila’ – Johan As’ari

Imej Seksi Bukan Gambaran Jahat Nabila - Johan


PETALING JAYA – Pelakon Johan As’ari menganggap imej seksi yang ditampilkan pelakon Nabila Huda semasa Anugerah Blokbuster yang berlangsung Sabtu lalu bukanlah gambaran terhadap tuduhan kejahatan wanita itu secara menyeluruh.
Johan, 26, berkata, masyarakat tidak seharusnya menilai anak kepada penyanyi terkenal, Amy (Search) itu hanya kerana pakaian seksi yang digayakan sebaliknya perlu melihat sisi dalaman Nabila.
“Pakaian bukan ukuran untuk menggambarkan keperibadian dirinya kerana sepanjang saya mengenali Nabila, dia adalah seorang sahabat yang baik, cukup mengambil berat dan mementingkan keluarga.
“Malah jika tiada sebarang aktiviti dia lebih gemar duduk di rumah bersama anaknya,” ujar Johan ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Selasa.
Pelakon itu diminta mengulas imej seksi yang ditampilkan Nabila semasa hadir pada majlis Anugerah Blokbuster yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dekat sini Sabtu lalu.
Cara pemakaian Nabila turut mendapat reaksi Amy yang kurang senang dengan imej berkenaan kerana ia boleh mengundang kontroversi buruk terhadap Nabila sendiri.
Amy yang turut berada pada majlis itu dikatakan telah menasihati Nabila supaya menutup dengan selendang pada bahagian badannya yang terdedah.
Sementara itu Johan memberitahu, semasa bertemu pada malam anugerah itu dia telah melihat Nabila dalam keadaan yang agak sopan apabila bahagian yang dimaksudkan telah ditutup dengan selendang.
“Saya tidak tahu sejauh mana pakaian tersebut dikatakan terdedah kerana semasa berjumpa dengannya dia mengenakan selendang untuk menutupi bahagian yang terdedah itu.
“Saya yakin dia tahu apa yang dilakukan dan bijak membawa diri. Selebihnya saya tidak berani nak komen,” ujarnya.
Dalam pada itu, Johan menafikan desas-desus hubungannya dengan wanita tersebut yang dikatakan pasangan bercinta sebelum ini renggang disebabkan tidak mendapat restu keluarga.
Johan berkata, keluarganya tidak pernah menghalang dia berkawan baik dengan Nabila dan turut merestui hubungan rapat yang terjalin di antara mereka.
“Tidak pernah timbul soal tidak mendapat restu keluarga kerana kami bukannya bercinta. Namun saya akui kami sudah jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Bagaimanapun dia masih sahabat baik saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Johan sedang sibuk dengan penggambaran filem Paku di sekitar Kuala Lumpur.
Selain itu, dia juga bakal muncul dengan drama bersiri Syahadah Cinta menerusi saluran Al Hijrah dan telefilem Udin Balik Kampung (RTM). – MStar
Read More..

Kamis, 27 Februari 2014

Reformasi politik PKR tuntut BN bersama suara majoriti

  • Zulaikha Zulkifli
  • Malaysiakini Mei 25 2013
 
Sebagai suara majoriti rakyat, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menuntut agar kerajaan BN bersama-sama dengan parti itu melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi sebelum mengadakan rekonsiliasi politik.

Menurut Wan Azizah, tawaran yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rekonsiliasi politik sebelum ini dilihat tidak ikhlas apabila terdapat pemimpin BN yang meminta agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya supaya berpindah ke luar negara.

"Tawaran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibuat selepas kemenangan palsu PRU13 agar mengadakan rekonsiliasi terbukti tidak ikhlas apabila ada pemimpin BN yang angkuh dan sombong mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya negara supaya berpindah ke negara lain.

"Apakah pemimpin BN tersebut mahu 51 peratus rakyat Malaysia berpindah ke negara lain?

"Oleh yang demikian sebagai suara majoriti rakyat kita akan terus menuntut kerajaan minoriti BN bersama-sama kita untuk melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi melalui reformasi politik yakni reformasi pilihan raya dan reformasi Parlimen sebelum menawarkan rekonsiliasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian bagi hari kedua Kongres Nasional PKR kali ke-9 di Petaling Jaya.
Sebelum ini, Najib menawarkan rekonsialisasi politik selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu yang menyebelahi BN. 

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata mana-mana individu yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya agar berhijrah ke negara lain. 

Sementara itu, dalam ucapan sama, berikutan wujudnya dakwaan lebihan kertas undi serta pemberian kad pengenalan kepada warga asing, Wan Azizah turut mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diperluaskan ke seluruh negara. 

"PKR dengan ini mencadangkan supaya ditubuhkan satu RCI bagi menyiasat projek pemberian kad pengenalan sepertimana yang terbukti berlaku di Sabah agar diperluaskan ke seluruh negara," katanya lagi.
Read More..