Selasa, 31 Desember 2013

Lumia 1520 Bakal Dilancar Di Malaysia


SETELAH peranti ini dilancarkan pada majlis Nokia World di Abu Dhabi baru-baru ini, peranti terbaru Nokia Lumia 1520 menampilkan pelbagai ciri baru bagi perisian Windows Phone 8.

Antara ciri menarik yang ditampilkan pada telefon pintar yang juga dikenali sebagai ‘Fablet’ ini termasuk skrin HD-penuh 6 inci serta pemproses Qualcomm Snapdragon 800 selain menjadi salah satu daripada peranti pertama yang menerima kemas kini Lumia Black.

Ketika dilancarkan di Abu Dhabi, Malaysia tidak dipilih dalam senarai pasaran utama Nokia. Bagaimanapun, ‘teaser’ yang ditampilkan pada akaun Facebook Nokia Malaysia mungkin menunjukkan bahawa peranti ini akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Video di bawah menunjukkan sedikit ulasan bagi peranti terbaru yang ditawarkan oleh Nokia ini.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar